M

M

Sunday, February 17, 2013

Masjid Proton City Tanjong Malim

Tarikh dibina      :           1 Jun 2006 Alamat              :           Parcel  19,  Proton City , 35900  Tanjong Malim,       ... thumbnail 1 summary



Tarikh dibina      :           1 Jun 2006
Alamat              :           Parcel  19, Proton City, 35900  Tanjong Malim, 
                                    Perak Darul Ridzuan.
Kos Pembinaan :           2 Juta
Bilangan Kariah :           3000 orang
Bil Rumah         :           800 unit

Pada asalnya masjid ini dibina atas kapasiti sebagai surau. Ianya merupakan salah satu program sumbangan sosial kepada komuniti Proton City oleh Proton City Development. Masjid ini dibina diatas keluasan tanah 0.96 ekar. Ianya siap sepenuhnya pada bulan Jun 2006 dan telah mendapat kekukusan CF dari Majlis Daerah Tanjong Malim pada bulan Ogos 2009. Oleh sebab keperluan yang mendesak untuk penduduk menunaikan solat Jumaat, maka Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau membuat permohonan bagi menukar taraf surau ke masjid diri Jumaat. Alhamdulilah, permohonan dan permintaan ini diluluskan atas usaha, doa dan harapan semua penduduk di sini. Akhiarnya surau ini dinaik taraf kepada Masjid Al Hidayah Proton City pada hari Jumaat 16 Januari 2009. Bermulalah detik bersejarah apabila penduduk di sini buat pertama kalinya mendirikan solat Jumaat di masjid ini.

Pada 18 Disember 2009 (1 Muharram 1431H) sempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan  telah berkenan untuk merasmikan Masjid ini dan memperkenankan nama baru Masjid At  Taqwa


No comments

Post a Comment